Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

July 29, 2009

Wow how time flies. Sigh.

Apela aku membebel masa ni??

Tak sangka betul. Since dari gambar ni diambil, dah nak dekat 5 tahun kot. Wow. How time flies. Really flies. Like flying jet. Giler cepat. Boleh tak nak macam ni je *sebab muka sangat bersih dan muda dan ayu dan kurus dan masih muat kalau pakai jeans tak macam sarung nangka amek ko :p*. Tapi time ni belum ada Aiman. Hmm tak jadi la. Tak kesahla time flies berape laju pun. Yang penting life skrang sangat happy sebab ada budak kecik tu yang bila Mommy balik dari opis akan tunggu depan rumah dengan perut buncit dan terus peluk dan bagi wet kiss penuh air liur masam kat pipi Mommy. Oooohhh heaven!! :)


p/s: Yah, kata nak blog pasal baby Mau :p

January 19, 2009

Malas la katakan

Memang malas nak updaate. Buat banyak entry pastu scheduled kan. Entry copy paste je dari mana2 yang rasa berkenan di hati. Sama la macam entry sebelum ni. Dan yang ini. Nah. Rasa macam kena kat batang hidung sendiri, But still credit goes to the owner la kan.

Someone said (or type) :

"Don't wish it were easier, wish you were better.
  Don't wish for less problems, wish for more skills.
  Don't wish for more challenges, wish for more wisdom."



Ya Allah, permudahkanlah urusanku.......

December 12, 2008

Skema

Okey aku bercadang dari sekarang aku ingin memblogging menggunakan bahasa skema. Ya dan aku nak bahasakan diri aku saya. Macam kurang ajar la pulak ber aku kau dalam ini kerana mungkin mak aku dan adik2 aku membaca blog ini (along tau korang baca hehe). Mungkin entry2 akan menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris (pnut kata bahasa inggeris ku top, NOT!).

Jadi En. Kimie, Dr. telah memulakan kerjanya minggu ini. Setiap hari bangun pagi kul 6, siap2 keluar rumah kul 6.30 pagi tanpa sarapan pagi (saya tidak larat bangun kerana telah tidur ukul 5 pagi berturut2) dan bertolak ke Hospital Kajang. Dan dalam masa setengah jam sudah sampai setelah melalui banyak tol (RM 4.00 sekali jalan). Waktu kerja habis pukul 5, terus balik rumah (tol lagi RM 4.00) ambil masa sejam sampai kul 6, terus makan (saya dah siap masak). Kalau dah start 'tagging week', setiap doktor akan masuk kerja kul 6 pagi sampai kul 10 atau 12 malam. Setiap department ada 2 minggu tagging week. Waaa sudah pastinya En. Kimie, Dr. akan kepenatan. Mana balik rumah nak kena layan anak (dan saya hehe) lagi. Hmmm...

Jadi sekarang kami memikirkan untuk memohon duduk di kuarters kerajaan. Di Hospital Kajang ada kuarters tapi memandangkan Hospital Kajang telah ditubuhkan pada tahun 1889 sehingga nenek saya pun sempat melahirkan anak yang kedua di hospital itu, anda semua boleh membayangkan bagaimana keadaan kuarters yang ada di situ. *sila bayangkan sekarang*. Okey, cukup. Jadi kami akan cuba untuk memohon kuarters di Putrajaya pula. Dari Putrajaya tak payah lalu tol, menjimatkan minyak dan tenaga.

Tapi.....

Terus terang saya belum bersedia duduk rumah sendiri. Dulu di Jogja ya urus rumah sendiri. Tapi waktu itu saya dan En. Kimie, Dr. sibuk dengan praktikal masing2 di hospital. Jadi bila balik rumah dah petang dan masing2 penat. Beli makan pun selalu makan di luar sahaja. Tapi sekarang saya menjadi surirumah sementara sepenuh masa dan kami mempunyai anak yang meningkat dewasa. Wah macam mana saya nak menguruskan semua ini?? Masak, basuh baju, lipat baju, gosok baju, kemas rumah, mop, sapu, lap, kemas dapur, peti ais, makan anak, suami, sendiri, nak tulis blog lagi... Aargghhhh!!! Semua ini mengingatkan saja sudah cukup mentensenkan diri saya. Aaarggghhhhh lagi.

Kemudian apabila saya sudah mula kerja, saya belum tahu saya posting di mana. Di manakah akan saya tinggalkan anak saya? Di taska? Haaa a Big NO NO di situ. Saya sudah mendengar bermacam2 cerita tentang anak2 kecil yang ditinggalkan di taska. Saya berfikir untuk hantar anak saya ke taska emak saya kalau dia sudah berumur 1 tahun ke atas. Dan sebelum itu saya akan minta emak saya tolong menjaganya kerana emak saya boleh suka hati nak kerja atau tak nak dan boleh kerja dari rumah sahaja sebab itu opis emak saya yang punya. Tapi kalau saya pindah Putrajaya bagaimanakah semua itu akan terjadi? En. Kimie, Dr. suruh saya mintak posting di Putrajaya. Tapi saya rasa Hospital Putrajaya adalah tempat yang kurang kondusif untuk belajar. Kerana kita pasti memerlukan banyak pesakit untuk latihan dan Putrajaya adalah hospital yang elit bagi saya.

Hmm sungguh panjang bebelan saya pada malam ini. Banyak lagi sebenarnya yang bermain di fikiran saya. Tapi cukuplah sekadar ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Sudah pukul 1 pagi. Saya tak boleh tido. Kepala sakit. Migrain datang lagi. Esok nak buat temujanji dengan Dr. Ali Azman Minhaj. 


p/s: Esok saya post entri banyak gambar pula okey? Cheer up lah :)

November 17, 2008

Bye-bye


Goodbye Sayang. Drive carefully. Jaga diri bebaik kat induksi tu. Orang takde tu makesure you take care of yourself. Cepat balik tengok kiteorang ye.

Goodbye Daddy. Daddy balik cepat tau. Aiman nak main ngan daddy. Boringla daddy takde. Sape nak dukung Aiman?

Goodbye my other half.


p/s : napela doktor pun kena gi btn kat hutan??

~Our Little Family~