Lately rasa malas gile nak buat entry baru..macam takde motivation nak tulis. Pape pun entry ini dibuat dalam keadaan terpaksa untuk menambah entry biar nampak banyak sket post yang dah tulis pastu bangga dengan diri sendiri walaupun entry memang tak berfaedah langsung (biarla nih kan blog aku)
Bulan Januari dan Februari 2009 : Aiman dah tumbuh 3 batang gigi (gambar menyusul nanti lah ye). 1 gigi kapak kat atas (besar ye!) dan 2 gigi kat bawah. Suka sangat gigit Mommy sejak ada gigi nih. Hisap susu pun suka gigit2. Notty Aiman! :)
28 Jan 2009 : Aiman dah start merangkak. Tak perasan pun dia merangkak. Mommy tengah tengok tv citer ape ntah kat Astro tu..pastu Aiman bising2 nak mainan dia. Mommy agaknya tak dengar kot (padahal kat sebelah je nih kes kusyuk tengok tv nih hehe), pastu Aiman pun dengan sendirinya merangkak dan mencapai mainan dia! Pandai anak mommy nih! Since then, penat woi nak jaga dia takut terhantuk dinding la, nak capai bucu la, nak makan kain la, nak panjat kerusi la, badan orang la.. macam2.
5 Feb 2009 : Aiman cakap "Ma ma, Ba ba". Hehe. Nih lagi lawak. Aiman nak suruh Mommy dukung tapi time tu Mommy tengah tengok tv citer ape ntah kat Astro tu Mommy pun buat do no la ngan Aiman lagipun Aiman bukannye ringan sangat asyik nak dukung je. Pastu tetibe Aiman sebut "Ma ma Ba ba".. Haaaaa!! Mommy terkejut (campur cair campur bahagia sangat) terus Mommy dukung Aiman peluk cium sume suruh "Cakap lagi cakap lagi cepat" hehe.
7 Feb 2009 : Aduh anakku ini tetiba bleh cakap "Da da" pulak... Since then dia dah jadi chatter box kat umah ni. Tak berenti2 cakap! Tapi suka dengar Aiman cakap. Sangat comel giler. Tapi bile dah bleh cakap "Da da" tanak cakap "Ma ma Ba ba"..Hmmmm.. :(
Tunggu lagi lepas ni Aiman nak buat surprise ape lagi hehe.
p/s : Baby Balqis and Baby Rania dah bleh cakap ape??