July 29, 2009

Wow how time flies. Sigh.

Apela aku membebel masa ni??

Tak sangka betul. Since dari gambar ni diambil, dah nak dekat 5 tahun kot. Wow. How time flies. Really flies. Like flying jet. Giler cepat. Boleh tak nak macam ni je *sebab muka sangat bersih dan muda dan ayu dan kurus dan masih muat kalau pakai jeans tak macam sarung nangka amek ko :p*. Tapi time ni belum ada Aiman. Hmm tak jadi la. Tak kesahla time flies berape laju pun. Yang penting life skrang sangat happy sebab ada budak kecik tu yang bila Mommy balik dari opis akan tunggu depan rumah dengan perut buncit dan terus peluk dan bagi wet kiss penuh air liur masam kat pipi Mommy. Oooohhh heaven!! :)


p/s: Yah, kata nak blog pasal baby Mau :p

July 21, 2009

Owen adalah my hero :)

Curi Kak Leen punye tag. Takpe eh? :)


*1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Call of Duty 4. Game PS3 dia. Jarang tengok tv.

*2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Jarang lak amek salad2 nih. Thousand island kot.

*3. What’s one food he doesn’t like?
pulut. hehe

*4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
fish n chips/nasi goreng/nasi lemak, ice lemon tea/teh o ais limau

*5. Where did he go to high school?
banting n mrsm muar

*6. What size shoes does he wear?
saiz 8.

*7. If he was to collect anything, what would it be?
game PS3 dia.

*8. What is his favorite type of sandwich?
tuna sandwich

*9. What would this person eat every day if he could?
pringles. drive pun bleh makan :p

*10. What is his favorite cereal?
coco pops.

*11. What would he never wear?
pink and yellow. mana nak.

*12. What is his favorite sports team?
liverpool. kena ikut saya.

*13. Who did he vote for?
undi adalah rahsia.

*14. Who is his best friend?
usop, reza, suki, paan, omar, lava, mr. jahangir :p

*15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Puji lebih2 Owen tu best n hensem, Michael Scofield sgt macho n hensem :p

*16. What is his heritage?
terengganu huhu

*17. What is his favourite colour?
blue.

*18. What is his habit?
kunci pintu time solat. camne nak masuk bilik?

*19. What is he proud of?
our little family :)

*20. Lastly, do you think he will read this?
takpe. balik keje kang suruh die bukak bace :)

Tag:
-Puan Yah
-Cik Nadot
-Puan Rose
-Puan Ella
-Puan Asyikin a.k.a Anyah
-Cik Afikah a.ka. Alang
*ini je la yang rajin baca blog saya*

Aiman bersukan


Aiman minggu lepas bersukan. Masuk acara lari-lari tak nak berenti. Memang aktif sungguh. Dukung pun tanak. Nak lari je. Panas pun Aiman tak kesah. Berpeluh sampai merah2 muka dia. Excited dapat lari kat padang luas and tengok orang ramai. Sume suka tengok dia lari2 camtu. Macam takde masalah kat dunia hehe. Balik rumah, makan, mandi bersih2 sume terus kong. Tido lama gak tuh. Sian dia penat. Nanti kita ajak Daddy gi bersukan pulak eh? *Daddy tu susah sket bab2 bersukan ni :p


Muka kalah acara lari2 tanak berenti :p

Korang sume weekend hari tu buat ape?

July 13, 2009

Yesterday at KLCC

Daddy dapat balik awal yesterday from the hospital. Attendings round awal. *sayang specialist tu dpt lepaskan HOs awal hehe*. So we decided to go to KLCC and bring Aiman along. Last time pegi KLCC adalah zaman waktu 2nd year medic school dulu. Skang sudah kawin, anak satu dah pandai jalan pulak tu hehe. How time flies....

Before we go out, Aiman main2 ngan another of his 'best friend' yaitu......


apsal topi ni besar sangat?

tudung saji... Suka sangat main benda ni. Kalau larang mesti nangis. Sekarang kalau nak kuar mesti kena bawak botol susu. Mommy agak blur sket sebab selama ni kuar tak payah bawak susu sbb breastfeed. Memandangkan Aiman dah start minum formula, kena la bawak susu nak minum dalam keta. When all set,

nampak x beg banyak barang tu?

kami pun gerakla. Memang plan nak pakai blue for today's outing, tapi Daddy pakai baju biru yang tak biru langsung. So kita tak geng ngan Daddy lah. Sepanjang jalan ke KLCC Aiman tido je. It's good coz Mommy n Daddy can have a little sweet talk and a nice discussion about our little family future. Kalau Aiman tak tido, jenuh nak melayan dia nak usik sana sini :p.

Sampai je KLCC, Aiman dah bangun. Kami terus menuju ke tempat makan sebab perut lapar (save perut untuk gi jalan2 hehe). Makan kat A&W. Wujud lagi rupanya tapi penampilan baru la. Order burger *dalam gambar besar tapi dapat2 seciput je :(*. Aiman sempat mengorat sorang minah mat saleh ni : "Ooh he's so friendly!". Lepas makan, kita bergambar dulu ngan bear besar,

Aiman takut, Mommy terlebih happy :)

Lepas tu Daddy try skill photography,


Aiman nak jalan sendiri tanak pegang tangan Mommy dah,


Kami jalan2 sekeliling KLCC sebab dah lama tak datang sini. Mommy pegi kedai Sox World, terkejut sebab harga mahal tapi stokin dia..


Next stop, kita pegi naik kereta,


Aiman terlebih excited sebab suka sangat dapat pegang stereng,


Sampai dah abes pun tanak turun. Nangis jerit2 sampai satu KLCC dengar *tipula tu.okay Mommy lebih2 hehe*. Last2 Mommy n Daddy mengalah la..bagi Aiman naik lagi. Tapi next kereta ni Mommy dah tak larat amek gambar dah. Penat kena kejar Aiman, kasut tercabutla, kena pakai balik, Aiman nak jalan sendiri la, nak naik escalator sendiri....Fuuuhhhhhh penat sungguh kalau anak dah start aktif camni. But overall it was fun. We enjoyed it sebab Daddy belikan setiap sorang benda untuk dibawa pulang.Aiman dapat toy, Mommy dapat novel n Daddy dapat buku game dia :)

Next time, specialist2 buat la rounds awal ye. Bleh kami sefamily meluangkan quality time together2 lagi :)

July 10, 2009

Apa yang saya dah boleh buat?


Saya dah boleh :
- Jalan laju2.
- Lari lambat2.
- Bawak sendiri "imaginary car' saya.
- Minum susu soya formula dalam botol.
- Tunjuk nak pegi mana.
- Pegi tegur budak pompuan kat KLIA tadi :)
- Main PS3 Daddy game kereta.
- Pegang pensel lukis garis2.
- Pegang pensel conteng dinding bilik Mommy Daddy.
- Babab orang yang tak bagi saya pegang benda2 kotor.
- Send sms kat orang tapi kosong la hehe.
- Tekan2 skrin hp Mommy kunun2 cam touch screen iPhone nenek.
- Hmm ape lagi Mommy takleh nak ingat. Nanti dah ingat update lagi :)

*update*
- Mommy dah ingat. Aiman bleh tido ngan tepuk2 je skang.
- Dah pandai joget hip hop kalau dengar music ape pun.
- Pandai smayang. Pandai baca doa pastu amin.
- Bagi pipi untuk Mommy kiss.
- Slalu datang kat Mommy pastu peluk hehe.
- Main kejar2 n nyorok2 favourite game dia.
- Kunun2 naik keta merah pastu masukkan kunci kat blekang stereng. Tau tu kat mana masuk kunci :p
- Pandai main basketball mainan dia tu.
- Kalau amek apepun dari dia mesti nangis teruk2 macam kena pukul tau.
- Kalau jalan kat shopping mall, tanak pegang tangan Mommy dah. Nak jalan sendiri.
- Smalam jalan2, tau je nak masuk kedai mainan. Kedai bukan mainan tanak masuk.
- Kalau naik keta mesti nak usik sume benda yang ada kat depan.

July 9, 2009

Kereta Kecil Warna Merah

Kereta 'sport' saya

Saya suka naik kereta merah

Mommy la mangsa kena tolak :p

'Bapaku pulang dari kota,


Bapaku belikan kereta.


Kereta kecil warna merah,


Bolehku bawa ke sekolah.


Pom pom pom pom pom,


kereta kecilku berbunyi.


Marilah adik mari naik,


bolehku bawa jumpa nenek.'

Korang ingat tak lagu ni? Dulu Mommy suka lagu ni hehe. Tapi Mommy dulu takde la Kereta Merah macam Aiman. Ni Tok Ki yang belikan. Bestla Tok Ki ni hehe. Aiman suka sangat naik kereta nih. Sampai kalau kat dalam rumah pun mesti akan konon2 main ngan 'imaginary car' dia. Even kalau nampak benda bulat macam stereng, dia akan start la main keta-keta. Besar nanti nak jadi Alex Yoong kot. Eh tapi takleh la Aiman, bahaya. Aiman dah besar bawak Mommy round2 naik keta besar Aiman k? :)

July 8, 2009

1 year birthday bash!


11th June 2009 - Mommy balik dari Jogja semata-mata nak sambut beday Aiman nih. Sampai KL malam Jumaat, Sabtu kul 2 dah mula party. Buat kecik2 je, invite close family n ada some of Daddy's cose friends. To my email loop geng, nanti kita buat party lain cam party bujang shidah tu hehe.

1st birthday cake

with close family

muka budak dah 1 tahun :)

happy face. my favourite pic :)


Semoga Aiman besar jadi budak soleh, dengar kata, jadi tahfiz, xjadi doktor pun takpe, tak kaya pun takpe asal besar duduk ngan Mommy, xyah ada girpren so xyah kawen so selamanya duduk bawah ketiak Mommy :) Mommy Daddy loves you.

p/s : Aiman skang dah boleh lari dah. Jalan slow2 dia tanak. Penat mau kejar.

~Our Little Family~