October 29, 2008

Sepetang di taman (depan rumah)


Sepetang di taman diadakan kerana Daddy Aiman tiba2 berminat ke arah photography and all. Sebelum ni kalau ajak gi taman (eventhough depan rumah je), mesti Daddy tanak pegi. Ada je alasan dia tu. Tapi petang tadi :


Daddy : "Mommy, jom bawak Aiman gi park".


Mommy : "Eh, kenape tetiba nak pegi pulak ni?"


Daddy : "Ala, jomla. Boleh amek2 gambar sket".


Mommy : "Oo, nak amek gambar ke nak bawak Aiman gi jalan?".


Daddy : "Takpela, dua2 skali. Hehe".


Jadi untuk melayan kehendak Daddy, kitorang pun siap2 bawak stroller and not forgetting the camera pergi ke taman depan rumah pada pukul 4.30 petang! Matahari time tu panas lagi tau tak! So Mommy tolak stroller jalan2 ngan Aiman, Daddy pulak trying his luck with the camera.


Gambar bunga depan rumah


Aiman ready nak jalan2


"Daddy, cepatla sket jalan tu!"


Dibawah rimbunan pepohon


Mommy jalan sensorang


"Jalan ni kena turn sket la Aiman. Duk diam2".


Sapela buang sampah merata2 ni!


Mommy tengah cakap ngan Aiman :)


Lama2 Aiman pun tido sebab dah penat


Heading back home....

Kolaj 2


Aiman in action, again! :)

Anak Mak?

Adakah ini yang dikatakan anak mak?

Atau Aiman sebenarnya tak sedar dah letak kaki kat muka Mommy dia?

Atau mungkin kaki Aiman panjang sangat sampai tatau nak letak mana dah.


Mommy ni sibukla! Aiman nak posing nih.


Mommy tepila!


Best kan bau kaki Aiman Mommy?


Pape pun, Mommy n Daddy sayang Aiman!! hehe


*Asal kamu dah besar tak jadi kuang ajar dahla ye nakkk...*

October 25, 2008

Rumah Terbakar Panggil Bomba


Something interesting happened at my house yesterday.



Okey, suspen tak? Bomba datang tu..



Close up. Bomba dan Penyelamat parking tepi rumah. 



Tapi kenapa diorang macam rilek je? Xpakai jacket n helmet n but? Pastu nape pandang2 atas?



Okey enough of surprises. Hehe. Sebenarnya rumah saya okey je. Xterbakar pun. Masih utuh megah berdiri. Cuma sesuatu dan sebinatang (maafkan Bahasa Malaysiaku) telah menginvasi keharmonian dan kedamaian sekeliling rumahku syurgaku. Dan siapa cakap kena panggil abang2 bomba bila rumah terbakar je?



Sarang tebuan.

Ya, sarang tebuan. Sarang tebuan yang amat besar giler tergantung di salah sebuah pokok di dalam rumahku. Tapi tebuan memang pandai. Mereka membuat sarang nun jauh di atasss pokok lebih tinggi dari tiang lampu. Jadi memang susah jugakla abang2 bomba nak letak tangga yang setinggi itu.



Tapi abang2 bomba berjaya gak.



Persiapan abang bomba untuk musnahkan sarang tebuan itu. Galah, kain, petrol dan sebatang rokok yang diorang tengah hisap. Ye, abang2 bomba bercadang untuk membakar sarang tebuan itu pada malam2 buta. Katanya, tebuan tak nampak time malam. So diorang takleh la nak terbang lari. Ooooo ye ke abang bomba....






Barulah aku berani pergi dekat2 sket. Hehe.



Sekian sahaja cerita suspen pada malam ini. Apa jadi dengan sarang tebuan tadi? Diorang (macam orang la pulak) jatuh dalam longkang tepi rumahku syurgaku pastu matila. Hahaha


Jumpa lagi dalam siri cerita suspen akan datang. Saya teringin untuk membuat entry tentang Ampang Medikal itu yang TAK medikal langsung!

October 23, 2008

Aiman tido bleh post entry

Aiman besar nanti nak dress up macam Linkin Park


Adakah anakku mengikut muka bapaknya?


Tentu tidak. Penat aku teran, mesti ikut muka Mommynya :)


p/s: korang tengok drama Cinta Batu Belah petang2 x? sedih ar tgk cite tu. Ni yang malas tgk drama Melayu ni.


Kawan lagi

Okey mungkin aku agak terexcited untuk memberi kalian sume free MC. Abesla kena blacklist nama aku kat Kementerian Kesihatan. Okey maybe bila aku dah jadi dermatologist nanti korang aku bagi sebulan sekali facial free. Amacam ok x? Takpun korang bleh mintak dari kengkawan aku di bawah ni :


Kenapa diorang ternganga pun aku xtau. Time ni aku kat mesia lagi. 

Gambar ni last time group practical aku bersama2. And aku takde coz still dalam pantang lagi time tu. Ha ni sume doktor la nih. Korang bleh mintak MC kat diorang. Kat aku bleh sekali skala je hehe. Dah kaya nanti aku siap bagi treatment free je terus hehe.

Actually rindu kat kengkawan Indon aku ni. Walaupun indon, tapi fashion style diorang bleh tahan gak ar. Kebanyakannya mak bapak doktor, specialist lagi, siap ada spital sendiri, memang kaya la kan. Tapi sorang pun tak sombong. Banyak tolong aku time preggie dulu. Yang ada keta tu slalu la amek dan menghantar aku ke spital kalau en.hubby takde. Slalu make sure diriku n baby di dlm perut makan. And kalau ada oncall, slalu aku akan disuruh rehat n tido je. Best kan jadi mak buyut ni? hehe




October 21, 2008

Friends

*Slalu je title entry in english tapi post entry tetap bahasa ibunda hehe*

Kawan2ku,
Post ni dedicated to you all.
Fura,Pj,Ros,Amal,Pnut,Dawat,Yah,Sue,Mau,Zeila,Nadot dan sume2 yang ku berkawan.

Sorry sgt2 sebab slalu sangat sangat xjoin korang buat gathering. dari dulu sampai skang. sampai aku dah tak ingat last time jumpa korang berhappy2. last time aku jumpa Yah, Pnut ngan Fura. eh Amal skali ngan boyfriend tunang dia kat SJMC. tu pun aku lembek2 lagi baru lepas operate. sebelum2 tu memang la xpenah nak jumpa. gathering bukak pose ke, open house ke.

Dari start blajar dulu sebab aku blajar jauh (lama plak tu!) memang ape2 gathering memang aku miss. dari Hani kawen, Yah, Ros, Dawat, Amal tunang, n skang Sue kawen aku xjumpa2 korang lagi. Jumpa kejap2 je time aku kawen hari tu. Dah kawen aku terus balik Jogja sambung practical ku xde merasa honeymoon mcm Ros ke Bali (aku duk Indon pun aku xsempat gi Bali tau tak!). Masa aku spent dengan family je kalau balik. 

Kalau dulu sebelum kawen, bila balik KL aku ngan hubby mesti xjumpa dating2 kat luar. memang our time abes ngan family sebab tahu akan berpisah lagi untuk suatu masa yang lama.

Bila dah kawen, aku kena bagi time ngan family in-laws. Kalau seminggu cuti, 3 hari umah aku, 2 hari umah MIL, 1 hari umah opah, esok siap2 packing balik. So mana ada masa ngan kengkawan kan? (and diri sendiri)

Bila dah ada anak, lagila. (bukan nak salahkan anak, aku mmg bersyukur sesgt). memang xkuar umah. Time aku kena bahagi ngan anak, hubby, familyku,family in-laws ku. Diri sendiri? Takde. Kadang2 time untuk hubby pun terpakse dikorbankan. 

Ni belum keje lagi. Kalau keje aku masuk kul 8 balik kul 6 takpe kot. Tapi keje aku memerlukan aku untuk menyerahkan sepenuh perhatian kepada pesakit2 ku. Kerja, anak, hubby, family, family in-laws. Banyak sangat pembahagian yang perlu ku lakukan.

Dah ada rumah sendiri nanti lagi la. Malas la nak pikir sampai ke situ.

Tapi kengkawan aku sungguh memahami. Walaupun adala sket yang membebel2 tu tapi aku tau diorang sayangkan aku. Apa je yang aku buat, diorang mesti backing n support ku. Walaupun kat skolah dulu we had some issues, tapi skang sume dah lepas. 

We're friends, now n forever.

So aku rasa sedih bila kengkawan rapat aku sedih. and kesedihan diorang tu aku paham plak tu. hmm if there1 something i can do to cheer u up guys!

What about a free MC? :p

*eh aku nak pegi kawen sue. akan ku arrange se arrange nya. sound saya korang nak gi kul bape*

October 20, 2008

Blessed

I'm so blessed to have him. Need i say more? No words can describe my feelings. Mommy sayangggg Aiman! Muah muah!! :)


The many faces of Aiman :)

Sukanya dia!!

Ketawa lagi..

Hohohoho.. :)


Saya suka hisap jari... :)


p/s: Baru nak belajar skill membuat gambar kolaj ni sebenarnya... :p



October 16, 2008

Can i have this?

Currently dying to have this since Abah took my camera to Mesir :( *Abah amek je la camera Along tu, Along nak camera ni hehe :p* 



Front view

Back view (touchscreen tuuu!!)

Features :

  • 10.1 Mega Pixels with Super HAD CCD
  • Carl Zeiss Vario-Tessar Lens with 4x Optical Zoom
  • 3.0" Full Wide Touch Screen LCD
  • BIONZ Image Processing Engine
  • Double “Anti-blur” Solution: Optical SteadyShot and ISO 3200 High Sensitivity
  • Improved Face Detection Technology for Children and Adults
  • Smile Shutter
  • Intelligent Scene Recognition
  • In-camera retouching
  • HD Slide Show with Select Music Playback

T Series - DSC-T77/T. Retail price dia RM 1,299.00!!! Bila la bleh nak beli benda nih?? I want i want i want.... :(

October 15, 2008

Proud


*Entry ini adalah entry mengangkat bakul sendiri. Kepada sesiapa yang rasa menyampah baca, sila abaikan post ini. Shuuuhh... :p*

Well i've been breastfeeding my little Aiman for 4 months now :) 

The first few days kat spital memang ada rasa nak give up je breastfeeding nih. Mana taknya, the breasts membengkak macam hape je (biasala sebab baru lepas beranak kan) and the little one asyik nak tidur je. Memang ada staff nurse yang datang every morning to check on my skill menyusukan anak dah okey ke blum and for the first few days tu la asyik kena marah je "Na'eemah, u kena pam ur breast! Jangan bagi bengkak je. U kena rajin bagi ur baby hisap. Dia dah pandai hisap. Nanti kalau bengkak, u demam susah woo" --> she's a Chinese lady. So i ended up mengepam susu kadang2 kena bangun kul 2-3 pagi mengepam kalau tak xleh tido sebab breast bengkak sangat n sakit siott!! Tapi credits too all the nursery staff sebab willing to ajar, sabar sebab i banyak kali suh datang teach me how is the proper way to breastfeed. I like the football way (kepit badan baby kat ketiak kite) tapi slalu xleh buat sendiri (hubby pun tak reti sangat masa tu) so kena la panggil nurse everytime nak feed the baby hehe (manja tak saya? :p)


Aiman interpreme jap Mommy :p

After 5 days duk kat spital (due to my baby yang G6PD), balik rumah memang lagi mencabar. Sebab kat spital ada electric pump kan, so bila sampai rumah terus beli Avent Manual Pump tu n terus express milk sebab dah bengkak. Hmm memang time pantang ni sangat sangat mencabar i tell you! Dahla dengan Aiman yang tanak tido malam, en. Hubby takde di sisi, breasts yang bengkak n throbbing macam hape especially malam, nipple yang sakit dan berdarah dan pecah, luka op yang tak baik2, perut yang still sakit bcoz of post op memang memaksa diri ini untuk stop menyusu n bagi je susu formula. But bcoz i'm a doctor n i know the adventages of breastfeeding n memang hak anak kita untuk dapat susu ibunya exclusively for 6 months n continue until he/she is 2 years old, mommy kuatkan jugak semangat nak menyusukan Aiman. Even my mother xtahan tengok sebab everytime menyusu je mesti nangis (bukan baby tapi saya sendiri ), "Dahla Along, kita pakai susu tin je la.""Tak nakla Umi, xpe Along tahan je. Lama2 okeyla ni". Saya sampai sempat demam2 becoz kena mastitis. Kena jumpa Dr. Siti (my OnG), dia bagi Panadol n antibiotic plus nipple cream.

Lama2 sakit pun dah hilang.. skang siap bleh bagi anytime yang Aiman nak. Dia tanak pun bagi gak hehe. Kalau nak tidokan pun bagi je, senang dia tido. Rihgt now mommy tengah pening pikir camne nak store susu banyak2 untuk Aiman sebab mommy nak balik Jogja dah nanti :( 

Pray for my success... Aminn.. :)

p/s : To all mommies out there yang breastfeed, well done!! Teruskan usaha anda. To all mommies yang xleh breastfeed, don't worry, there's always a second chance n time to improve. Don't give up! To all mommies to be, breastfeeding is the best  choice for you and the baby :)

October 12, 2008

Semua baru!

Raya tahun ni best sangat sebab dah ada Aiman si bulat. Eventhough tak dapat jalan banyak sangat rumah sebab bawak budak kecik tapi Aiman ni dah sampai Johor dah (kampung nenek belah abah). Aiman dapat banyak baju baru Mothercare (thanx to nenek!), duit raya baru and even kawan baru hehe. Tapi sian kat Aiman raya ni dia seseme, mommy pun tak sehat sangat. Yesterday genapla Aiman si pipi bulat 4 bulan. Gi jumpa Dr. Ali kena jab 2nd DTP+Polio+Hib pun tak nangis langsung. Memang superboy la anak mommy ni :) so minggu ni mommy sibuk sket jaga Aiman yang seseme n takut2 dia demam lepas jab smalam. Anyway it was a good holiday. What about you?


dapat duit raya!

banyaknya duit!

penatla mommy kira duit raya...

gaya baru saya

raya ni saya dah pandai meniarap :)

Selamat hari raya semua!!

October 9, 2008

4 bulan

Aiman sudah mahu hampir 4 bulan. Banyak achievement dah. His milestones are :

  1. Sudah boleh meniarap dengan sendiri dan lajunya.
  2. Suka ketawa sendiri bila tengok muka sendiri kat cermin.
  3. Baru bleh meniarap sudah ada tanda2 nak marayap (macam nak ke depan).
  4. Tak suka baring, lebih suka orang pegang dia berdiri.
  5. Suka sangat mandi dan skang kalau tak kuarkan separuh air dalam bath tub dia memang tak sah.
  6. Sudah pandai garuk kepala.
  7. Suka sangat sangat hisap jari. Sekali masuk bukan 1 tapi nak masuk 2 tangan skali (10 jari sekaligus!).
  8. Pandai cakap2 ngan mommy dia.
  9. Suka bila orang agah dia.
  10. Tak menangis langsung bila kena jab ngan Dr. Ali.

Maybe banyak lagi achievement Aiman yang mommy tak terlarat nak keep up. Aiman jadi budak pandai k. Besar nanti jadi tahfiz.

Mommy sayang sangat Aiman
.

Free Handbags!

You guys wanna free handbags? Go to this website http://www.handbagplanet.com.
Saya sudah pun melakukannya. Anda bila lagi?




p/s: jangan pilih handbag yang #18 k? :p

October 7, 2008


Baju raya saya tahun ni kaler pink tapi time amek gambar saya tak pakai seluar raya. Saya pun tatau kenape.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Starting

Hi!
Akhirnya dapat gak merealisasikan impian untuk berblogging setelah lama memendam hasrat. So welcome to myself hehe. Banyak sangat rasanya benda yang nak di share. Ni pun curik2 masa sebab Aiman baru je tido. Tapi kalau Aiman tido, maknanya mommy dia pun kena tido gak. Karang bangun kompem susah mommy nak tido. Just wait for my next post (secepatnye lah hopefully). Good night everybody! (or good morning? :p)

~Our Little Family~