March 3, 2009

SuperMommy n SuperDaddy

Lama tak update blog. Rindu rasanya. 

Sibuk ngan Aiman. Sejak dah bleh merangkak nih, memang time tido dia sket je. Mostly main je la. Kalau tak tengokkan dia, adalah yang tergolek ke belakang hehe sebab selain merangkak, Aiman dah boleh berdiri (with support). Bila dah tiba malam, memang dah tak larat. Still got time to bloghopping tapi haven't got time to blog.


Bercakap tentang bloghopping, I came across this blog about SuperMommy, another SuperMommy and another SuperMommy! Not to forget SuperDaddy!


Tidak mengupdate blog juga berkaitan dengan sedikit permainan perasaan dan fikiran yang menghantui diri saya. Tak payahla saya nak jelaskan di sini, cukuplah biar suami je yang tahu hehe. But to be fair, it's a little about myself, my future, my surroundings.


Tapi setelah membaca perjalanan hidup Super2Mommy dan SuperDaddy, saya rasa bersyukur sangat! Beruntung sangat! Walaupun ini mungkin bukan jalan hidup yang aku rancang, tapi sekurang2nya jalan hidup ini tidak diuji seperti mereka. Mereka sangat tabah! I salute them all!


Selepas ini, tidak ada lagi whining tak tentu pasal.
Ramai lagi yang diuji dengan ujian lebih hebat.


Kalau Aiman aktif sangat, takpe Mommy boleh jaga.
Kalau Aiman suka merangkak ke sana ke mari, Mommy bleh kejar.
Kalau Aiman nak susu, Mommy yang demam boleh lari2 pergi bagi susu kat Aiman.
Kalau Aiman demam, Mommy yang demam boleh tengok Aiman.
Kalau Aiman merengek je, Mommy boleh layan.
Kalau Aiman nak dukung, takpe Mommy boleh dukung.
Kalau Aiman tido malam kul 3 pagi, Mommy boleh tak tido sampai Aiman tido.


Asalkan Aiman happy, sihat, dah cukup untuk Mommy. Love you darling! :)

No comments:

~Our Little Family~