December 16, 2008

Mereka membesar dengan cepat sekali

Okey first of all, 'mereka' di atas merujuk kepada anak2 kecil yang 6 bulan lepas baru dilahirkan sekarang dah pandai merangkak. 'Mereka' bukanla merujuk kepada benda2 yang bukan2 yang boleh membesar. Sekian terima kasih.

Aiman dah besar. 

Rasa baru semalam beranakkan dia, menghadapi sakit selama 6 jam dan kemudian kena operate. Baru semalam menyusukan dia, dengan breast yang darah dan bengkaknya. Macam baru semalam dukung dia dengan sungguh berhati2 sebab dia masih kecil lagi, bangun malam sebab dia kembung n meragam. 

Tapi sekarang Aiman dah besar.

Dia dah boleh angkat badan nak merangkak. Dah boleh capai mainan (semua benda sebenarnya). Dah boleh bising2 mengomel kalau nak sesuatu. Dah pandai makan solid foods seperti bubur nasi, lobak merah, pisang, jus epal (baru tu je dulu). Dah pandai mandi shower hehe. Dah boleh berdiri kalau orang pegang (kaki Aiman sangat kuat). Boleh duduk with support. 

Basically semua achievement yang budak 6 bulan sepatutnya boleh Aiman dah boleh buat.

Cuma malam2 Aiman still bangun menangis. Kalau siang dia tidur mesti tak bangun2 nangis. Mungkin masih trauma dengan kejadian dulu itu. Sekarang dah sart solid food Aiman takde la nak dengan mak dia sahaja. Kadang2 nenek yang bagi makan. 

Kena berusaha lagi untuk pelan peralihan ini.


Well happy birthday to you my son. You're my day, my night, my whole world :)


5 comments:

Anonymous said...

naem, aiman lahir 11 june ek? balqis 8 june.. hehe.

oh ya...
sebenarnya ada request.

citerla pengalaman bersalin arituh.. nak dgr ni...=)

erm, pelan peralihan nampaknya berjalan dengan baik! hehe.

Anonymous said...

tau takper..
Azyana dah nak masuk 3 okey..
memalam tgk dia tido, kengkadang dok pikir...rasa mcm baru je pas bersalin, alih2 dah besar...

Anonymous said...

kak leen : hehe alhamdulillah pelan setakat nih berjalan smoothly. okey nanti ada masa saya buat entry pengalaman bersalin tanpa suami di sisi :)

kak yut : tuh pasal la kejap je dah besar :)

Anonymous said...

its amazing kan...pejam celik pejam celik...dah besar dh diorg...
mcm baru jer kuar SMAKL (hahhahaha)..

part citer pengalaman bersalin tuh,haa,mmg ramai yg ada experience dah ni...tp wlau mcm mane susah pon sejak dr dlm kandungan,sorg ibu tetap jugak x kisah psl sakit,semua demi anak dia...

being a mother buat kita appreciate our mother even more...=)

Anonymous said...

HEHEHEH....korang sume mmg lawak...ble tgk gmbr2 kakak2 tyme SMAKL...tersangat la samseng...tup tap...tgk2 dah jadik mak la pulak...CONGRATS TO ALL WONDERFUL MOM!!!!!!!!!!!!
hehehe...kaki aiman mmg kaki besi... dier suke pijak nenen...huhuhu...sakiiiiiitttttt...~

~Our Little Family~