December 12, 2008

Skema

Okey aku bercadang dari sekarang aku ingin memblogging menggunakan bahasa skema. Ya dan aku nak bahasakan diri aku saya. Macam kurang ajar la pulak ber aku kau dalam ini kerana mungkin mak aku dan adik2 aku membaca blog ini (along tau korang baca hehe). Mungkin entry2 akan menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris (pnut kata bahasa inggeris ku top, NOT!).

Jadi En. Kimie, Dr. telah memulakan kerjanya minggu ini. Setiap hari bangun pagi kul 6, siap2 keluar rumah kul 6.30 pagi tanpa sarapan pagi (saya tidak larat bangun kerana telah tidur ukul 5 pagi berturut2) dan bertolak ke Hospital Kajang. Dan dalam masa setengah jam sudah sampai setelah melalui banyak tol (RM 4.00 sekali jalan). Waktu kerja habis pukul 5, terus balik rumah (tol lagi RM 4.00) ambil masa sejam sampai kul 6, terus makan (saya dah siap masak). Kalau dah start 'tagging week', setiap doktor akan masuk kerja kul 6 pagi sampai kul 10 atau 12 malam. Setiap department ada 2 minggu tagging week. Waaa sudah pastinya En. Kimie, Dr. akan kepenatan. Mana balik rumah nak kena layan anak (dan saya hehe) lagi. Hmmm...

Jadi sekarang kami memikirkan untuk memohon duduk di kuarters kerajaan. Di Hospital Kajang ada kuarters tapi memandangkan Hospital Kajang telah ditubuhkan pada tahun 1889 sehingga nenek saya pun sempat melahirkan anak yang kedua di hospital itu, anda semua boleh membayangkan bagaimana keadaan kuarters yang ada di situ. *sila bayangkan sekarang*. Okey, cukup. Jadi kami akan cuba untuk memohon kuarters di Putrajaya pula. Dari Putrajaya tak payah lalu tol, menjimatkan minyak dan tenaga.

Tapi.....

Terus terang saya belum bersedia duduk rumah sendiri. Dulu di Jogja ya urus rumah sendiri. Tapi waktu itu saya dan En. Kimie, Dr. sibuk dengan praktikal masing2 di hospital. Jadi bila balik rumah dah petang dan masing2 penat. Beli makan pun selalu makan di luar sahaja. Tapi sekarang saya menjadi surirumah sementara sepenuh masa dan kami mempunyai anak yang meningkat dewasa. Wah macam mana saya nak menguruskan semua ini?? Masak, basuh baju, lipat baju, gosok baju, kemas rumah, mop, sapu, lap, kemas dapur, peti ais, makan anak, suami, sendiri, nak tulis blog lagi... Aargghhhh!!! Semua ini mengingatkan saja sudah cukup mentensenkan diri saya. Aaarggghhhhh lagi.

Kemudian apabila saya sudah mula kerja, saya belum tahu saya posting di mana. Di manakah akan saya tinggalkan anak saya? Di taska? Haaa a Big NO NO di situ. Saya sudah mendengar bermacam2 cerita tentang anak2 kecil yang ditinggalkan di taska. Saya berfikir untuk hantar anak saya ke taska emak saya kalau dia sudah berumur 1 tahun ke atas. Dan sebelum itu saya akan minta emak saya tolong menjaganya kerana emak saya boleh suka hati nak kerja atau tak nak dan boleh kerja dari rumah sahaja sebab itu opis emak saya yang punya. Tapi kalau saya pindah Putrajaya bagaimanakah semua itu akan terjadi? En. Kimie, Dr. suruh saya mintak posting di Putrajaya. Tapi saya rasa Hospital Putrajaya adalah tempat yang kurang kondusif untuk belajar. Kerana kita pasti memerlukan banyak pesakit untuk latihan dan Putrajaya adalah hospital yang elit bagi saya.

Hmm sungguh panjang bebelan saya pada malam ini. Banyak lagi sebenarnya yang bermain di fikiran saya. Tapi cukuplah sekadar ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Sudah pukul 1 pagi. Saya tak boleh tido. Kepala sakit. Migrain datang lagi. Esok nak buat temujanji dengan Dr. Ali Azman Minhaj. 


p/s: Esok saya post entri banyak gambar pula okey? Cheer up lah :)

4 comments:

Anonymous said...

come what may,naem...

(eh?)

Anonymous said...

yeh i think so. bring it on baby :)

Anonymous said...

anda terluper nak ceriter yang sementara anda nak tulis blog, anda telah menziarahi bilik saya yang terletak kurang dari 10meter dari bilik anda dengan mendukung aiman sambil membuat muker sedih meminta simpati lalu saya sebagai makcik oh maaf..aunty aiman yang hebat a.k.a AUNTY THE GREAT mengambilnya dari dukungan anda dan terus anda lesap menghilangkan diri ke bilik anda untuk menyambung tulis blog ini...maka dengan ini,saya perlukan 1 set double prosperity burger..TQ
(ader cket tokok tambah tp sme genuine)

Anonymous said...

haha...
akak totally agree...bit hard to leave rumah yg kite duduk dr kecik,pindah duk umah kite sendiri with our own lil family...
that's what i'm doing rite now...skg tgh search for home,tak perlu besar2 sgt,asal selesa okayla...yg penting landed (haha,memilih gak sebenarnye)...
owh btw,agreed with en.kimi jugak,hosp putrajaya ok kalo nk posting kt sana...hosp tu penuh setiap masa ok...heard that ada patient yg gune address lain just to get admitted there...=)

~Our Little Family~