Kan Aiman dah besar. Dah 6 bulan.
So tibalah masanya untuk memperkenalkan dia kepada makanan orang dewasa.
Cuba teka apakah makanan dewasa pertama yang masuk mulut Aiman??
Ia adalah KFC Mashed Potato!! hehe sedapkan..
Bukannya aku nak memperkenalkan makanan cepat saji kepada anak sendiri.
Mashed Potato tu pun amek kentangnya sahaja. Gravy dia tak amek pun.
Cuma sebab masa itu kami semua berada di KLIA dan Aiman tidak boleh duduk diam melihat kami semua makan dengan lahapnya, dia pun nak rasa gak. Jadi saya bagila sikit. Tak banyak cuma beberapa sudu kecil sahaja. Dan dia makan macam dah biasa makan! Suka sangat. Sampai kalau tak cepat2 suap dia akan marah. Haha begitulaa anak Na'eemah Zaini :)
Sekarang Aiman dah makan banyak benda. Bubur nasi blender, pisang, oren, tembikai, makanan Heinz tu, carrot, biskut Farley's (banyak gak anak aku nih makan! :P)
Tadi pagi aku buat bubur nasi ikan blender untuk Aiman. Nasi dah masak, gaul ngan ikan bawal putih yang dah rebus, campur ngan bayam (daun sahaja) pastu blender. Yummy! Memang sedap. Untuk ibu di luar sana, nak cuba resipi saya pun boleh hehe. Tak susah mana pun. Skali blender dapat simpan untuk seminggu. Okeyla gak. Tak payah susah nak kena masak tiap2 hari. Bagi dia makan tengahari ngan petang. Malam memang tido lama. Kekenyangan hehe.
Next week nak buat resipi apa pulak ye?
p/s: aku skang tolong mak aku keje sket2. dapat income gak la. Bolehle membantu suami sket. suami telah memberi keizinan. so taknak la ada suara2 sumbang cakap aku melepak je kat rumah ye.
Sekian berita utama hari ini. Terima kasih.
2 comments:
sila bagi resipi!
aku buntu gila nak bagi rania makan apa.
so far dia mkn nestum je n heinz dlm botol tu. tu pun memilih nak yang sedap n manis2 je. pisang,epal,mangga, or apa2 je yg masam sume tak nak.
try gak bagi mkn chicken and salad yg dlm botol tu tapi dia tak nak. uwaa...
salam naem sayang!ni kak bad, dah lama jd silent reader blog naem ni, nak buat sendiri utk baby sofiah...tapi xdak masa...spt tgk cek e-mel,tgk blog org je...dok umah sendiri...semua kena buat n sofiah makin aktif merangkak sana-sini n dah cuba nak berdiri...so kena perhati dia selalu.....sofiah dah dekat 8 bulan dah....dia start solid pun time 6 bulan....dia suka sgt puri kentang, labu,keledek,carrot, tomato, brokoli n bubr nasi ikan tenggiri....naem sayang jgn bagi makan oren dulu kay utk baby b4 umur dia sethn,makanan lain yg kena hold dulu sampai sethn is telur,kacang, produk soya dan produk susu lembu...semua ni penyebab utama alergi....dan kalau nak kenalkan satu2 makanan kat baby....ada 4day rules...bagi makanan yg sama utk 4 hari so that u can see reaction kat baby...kalau nak tahu lebih lanjut, tengoklah web www.susuibu.com under forum solid food for baby.....sorryla terpanjang plk....just my advice....
Post a Comment