December 29, 2008

Kalendar Baru!

Selamat Tahun Baru 1430H kepada semua umat Islam.

Yang lain cuti. Bestnya.

Suami saya oncall. Lagi.

:(

December 27, 2008

Matahari Terbit

En. Hubby pergi lagi.

Kul 6.30 dah kuar.

Bekalkan karipap ngan mihun.

Esok tengahari baru balik.

Dah biasa dah macam nih. Dah 2 minggu.

Tapi hari ni macam rasa berat je En. Hubby pegi.

Macam lamaaaaaa sangat.

"Cepat balik ya Daddy."

"Mommy tengah tengok Matahari Terbit nih."

"Bila la bleh tengok dua2 ngan Daddy? :("

Bila nie??

Perlukan DSLR segera!

Sebab amek gambar Aiman asyik gerak je. (Sebenarnya saya yang tak reti amek gambar :p)

Aiman mana reti nak duduk diam.

Pastu Januari akan ada bengkel untuk Mama2 yang Hot yang ada DSLR.

Saya mahu tergolong dalam kumpulan itu.

Ni tengah pening pikir mana nak carik duit nih??



p/s: Ala Daddy nak beli Dual Shock PS3 la pulak :p

December 22, 2008

2 tahun itu indah

Masa masih berdua sahaja (dan kurus hummph)

Masa muda2 dolu :)

22 December 2006
 
Blue is his favourite colour

Wedding 24th December 2006



Happy 2nd Anniversary Honey!


p/s : Happy birthday to you to Acik. Birthday dinner ko kat Kenny's memang the worst ever. Baik ko citer kat blog ko.


Nanti saya bagitau  apa wishlist saya ye abang sayang hehe :p



Saya suka makan!

Kan Aiman dah besar. Dah 6 bulan.

So tibalah masanya untuk memperkenalkan dia kepada makanan orang dewasa.

Cuba teka apakah makanan dewasa pertama yang masuk mulut Aiman??


Ia adalah KFC Mashed Potato!! hehe sedapkan..

Bukannya aku nak memperkenalkan makanan cepat saji kepada anak sendiri.

Mashed Potato tu pun amek kentangnya sahaja. Gravy dia tak amek pun.

Cuma sebab masa itu kami semua berada di KLIA dan Aiman tidak boleh duduk diam melihat kami semua makan dengan lahapnya, dia pun nak rasa gak. Jadi saya bagila sikit. Tak banyak cuma beberapa sudu kecil sahaja. Dan dia makan macam dah biasa makan! Suka sangat. Sampai kalau tak cepat2 suap dia akan marah. Haha begitulaa anak Na'eemah Zaini :)

Sekarang Aiman dah makan banyak benda. Bubur nasi blender, pisang, oren, tembikai, makanan Heinz tu, carrot, biskut Farley's (banyak gak anak aku nih makan! :P)

Tadi pagi aku buat bubur nasi ikan blender untuk Aiman. Nasi dah masak, gaul ngan ikan bawal putih yang dah rebus, campur ngan bayam (daun sahaja) pastu blender. Yummy! Memang sedap. Untuk ibu di luar sana, nak cuba resipi saya pun boleh hehe. Tak susah mana pun. Skali blender dapat simpan untuk seminggu. Okeyla gak. Tak payah susah nak kena masak tiap2 hari. Bagi dia makan tengahari ngan petang. Malam memang tido lama. Kekenyangan hehe. 

Next week nak buat resipi apa pulak ye?


p/s: aku skang tolong mak aku keje sket2. dapat income gak la. Bolehle membantu suami sket. suami telah memberi keizinan. so taknak la ada suara2 sumbang cakap aku melepak je kat rumah ye.

Sekian berita utama hari ini. Terima kasih.

December 16, 2008

Mereka membesar dengan cepat sekali

Okey first of all, 'mereka' di atas merujuk kepada anak2 kecil yang 6 bulan lepas baru dilahirkan sekarang dah pandai merangkak. 'Mereka' bukanla merujuk kepada benda2 yang bukan2 yang boleh membesar. Sekian terima kasih.

Aiman dah besar. 

Rasa baru semalam beranakkan dia, menghadapi sakit selama 6 jam dan kemudian kena operate. Baru semalam menyusukan dia, dengan breast yang darah dan bengkaknya. Macam baru semalam dukung dia dengan sungguh berhati2 sebab dia masih kecil lagi, bangun malam sebab dia kembung n meragam. 

Tapi sekarang Aiman dah besar.

Dia dah boleh angkat badan nak merangkak. Dah boleh capai mainan (semua benda sebenarnya). Dah boleh bising2 mengomel kalau nak sesuatu. Dah pandai makan solid foods seperti bubur nasi, lobak merah, pisang, jus epal (baru tu je dulu). Dah pandai mandi shower hehe. Dah boleh berdiri kalau orang pegang (kaki Aiman sangat kuat). Boleh duduk with support. 

Basically semua achievement yang budak 6 bulan sepatutnya boleh Aiman dah boleh buat.

Cuma malam2 Aiman still bangun menangis. Kalau siang dia tidur mesti tak bangun2 nangis. Mungkin masih trauma dengan kejadian dulu itu. Sekarang dah sart solid food Aiman takde la nak dengan mak dia sahaja. Kadang2 nenek yang bagi makan. 

Kena berusaha lagi untuk pelan peralihan ini.


Well happy birthday to you my son. You're my day, my night, my whole world :)


December 14, 2008

Bracelets for sale!

This is what I got from Egypt (hadiah parents aku. Bukan aku minta)

Ni 1 set necklace, gelang n earrings. Tak jual hehe :)

Gelang tangan. Pure Diamond Crystal from Asrouf.

This is pure Diamond Crystal from Asfour, Egypt. It's so popular there! You can download the catalog here.

Sesiapa yang teringin untuk memiliki gelang tangan ini (memang cantik!), bolehla pesan kepada saya kerana kami akan ke Mesir akhir bulan ini. Comes with all colours. Ada ungu, merah, hijau, coklat, biru macam2 lagi la. Sesiapa yang berminat boleh la mengemail saya di gilxx83@yahoo.com.

RM 180 (dari oversea tu!)

Ada bentuk heart yang tergantung2 kat gelang tersebut. Sesiapa tanak jiwang, bentuk lain selain heart pun ada :)

It comes with a box, nicely packaging :)

Boleh buat hadiah kepada emak, hadiah hantaran, hadiah kepada tunang, bakal tunang, bakal isteri dan pakai sendiri pun boleh.



Green : RM 250

Brown : RM 250

Black : RM 350

Okey gelang tangan yang kat atas ni pun saya jual jugak. Tapi yang ini memang dah ada. Tak payah order.

Gelang tangan ini pun ada banyak warna. Biru, pure crytal pun ada (transparent).*nanti aku letak gambar lagi*

It comes with a box, nicely packaging.

All are brand new.

The black one is sooo nice, memang laku dan menjadi rebutan.


So to all yang berminat, don't forget to email me at gilxx83@yahoo.com. Siapa cepat dia dapat!


Balik dari Mesir

Parents aku baru balik dari Mesir minggu lepas. Ini adalah kami adik beradik melakukan sessi penggambaran ketika menunggu mak bapak sampai.


Saya dengan anak saya dan adik saya.

One happy family at KLIA :)

Aiman boringla asyik muka dia masuk gambar.

Nombor 1, 3 dan 5.

Korek hidung mak uda!



Sekian update pada hari ini. Terima kasih.

December 12, 2008

Umphhh

Aku mengada-ngada lagi!

Skema

Okey aku bercadang dari sekarang aku ingin memblogging menggunakan bahasa skema. Ya dan aku nak bahasakan diri aku saya. Macam kurang ajar la pulak ber aku kau dalam ini kerana mungkin mak aku dan adik2 aku membaca blog ini (along tau korang baca hehe). Mungkin entry2 akan menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris (pnut kata bahasa inggeris ku top, NOT!).

Jadi En. Kimie, Dr. telah memulakan kerjanya minggu ini. Setiap hari bangun pagi kul 6, siap2 keluar rumah kul 6.30 pagi tanpa sarapan pagi (saya tidak larat bangun kerana telah tidur ukul 5 pagi berturut2) dan bertolak ke Hospital Kajang. Dan dalam masa setengah jam sudah sampai setelah melalui banyak tol (RM 4.00 sekali jalan). Waktu kerja habis pukul 5, terus balik rumah (tol lagi RM 4.00) ambil masa sejam sampai kul 6, terus makan (saya dah siap masak). Kalau dah start 'tagging week', setiap doktor akan masuk kerja kul 6 pagi sampai kul 10 atau 12 malam. Setiap department ada 2 minggu tagging week. Waaa sudah pastinya En. Kimie, Dr. akan kepenatan. Mana balik rumah nak kena layan anak (dan saya hehe) lagi. Hmmm...

Jadi sekarang kami memikirkan untuk memohon duduk di kuarters kerajaan. Di Hospital Kajang ada kuarters tapi memandangkan Hospital Kajang telah ditubuhkan pada tahun 1889 sehingga nenek saya pun sempat melahirkan anak yang kedua di hospital itu, anda semua boleh membayangkan bagaimana keadaan kuarters yang ada di situ. *sila bayangkan sekarang*. Okey, cukup. Jadi kami akan cuba untuk memohon kuarters di Putrajaya pula. Dari Putrajaya tak payah lalu tol, menjimatkan minyak dan tenaga.

Tapi.....

Terus terang saya belum bersedia duduk rumah sendiri. Dulu di Jogja ya urus rumah sendiri. Tapi waktu itu saya dan En. Kimie, Dr. sibuk dengan praktikal masing2 di hospital. Jadi bila balik rumah dah petang dan masing2 penat. Beli makan pun selalu makan di luar sahaja. Tapi sekarang saya menjadi surirumah sementara sepenuh masa dan kami mempunyai anak yang meningkat dewasa. Wah macam mana saya nak menguruskan semua ini?? Masak, basuh baju, lipat baju, gosok baju, kemas rumah, mop, sapu, lap, kemas dapur, peti ais, makan anak, suami, sendiri, nak tulis blog lagi... Aargghhhh!!! Semua ini mengingatkan saja sudah cukup mentensenkan diri saya. Aaarggghhhhh lagi.

Kemudian apabila saya sudah mula kerja, saya belum tahu saya posting di mana. Di manakah akan saya tinggalkan anak saya? Di taska? Haaa a Big NO NO di situ. Saya sudah mendengar bermacam2 cerita tentang anak2 kecil yang ditinggalkan di taska. Saya berfikir untuk hantar anak saya ke taska emak saya kalau dia sudah berumur 1 tahun ke atas. Dan sebelum itu saya akan minta emak saya tolong menjaganya kerana emak saya boleh suka hati nak kerja atau tak nak dan boleh kerja dari rumah sahaja sebab itu opis emak saya yang punya. Tapi kalau saya pindah Putrajaya bagaimanakah semua itu akan terjadi? En. Kimie, Dr. suruh saya mintak posting di Putrajaya. Tapi saya rasa Hospital Putrajaya adalah tempat yang kurang kondusif untuk belajar. Kerana kita pasti memerlukan banyak pesakit untuk latihan dan Putrajaya adalah hospital yang elit bagi saya.

Hmm sungguh panjang bebelan saya pada malam ini. Banyak lagi sebenarnya yang bermain di fikiran saya. Tapi cukuplah sekadar ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Sudah pukul 1 pagi. Saya tak boleh tido. Kepala sakit. Migrain datang lagi. Esok nak buat temujanji dengan Dr. Ali Azman Minhaj. 


p/s: Esok saya post entri banyak gambar pula okey? Cheer up lah :)

December 11, 2008

Happy Birthday My Darling!!

11 December 2008

Aiman dah masuk 6 bulan today.

Birthday Dr. Siti (my Obgyn) 6 months from today.

Sultan Selangor punya birthday pun today.

Suppose nak pegi 3rd Hepatitis jab Aiman today.

Tapi SJMC mesti cuti nye Public Holiday.

Siap cuti tu untuk Aiman's Birthday.

Today Daddy Holiday. Yay!

Daddy start tagging tomorrow day.

Oooohh what a day... :)


December 10, 2008

Mengada Gillerh!

Aku memang mengada tukar layout.

Aku end up sehari mengadap laptop nih.

Sampai aku tidak mempedulikan anak aku (aku tipu je. Ya aku memang mengada).

Aku tanak tukar layout lagi.

Aku tanak mengada-ngada lagi.



p/s: Camne layout aku? Okey x? :p

December 8, 2008

Daddy, Ayah, Bapa, Abah, Ayahanda.

Rahsia Jadi Ayah Berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya: Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.

Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Enam rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada enam rahsia menjadi ayah yang berkesan:

- Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

- Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) .

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

- Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

- Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

- Menjadi pendengar yang baik.

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

- Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.



p/s : Just an info for the day! :)

December 7, 2008

Andra & The Back Bone
Sempurna lyrics

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujimu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

[Reff:]
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

[Reff:]
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku



"For my 2 boys, Aiman n Daddy : You two Sempurna kan my life. Korang dua jugakla yang menguji kesabaranku malam ni. Mommy loves you two :)"

Biological Clock

Biological Clocks (taken from here)

Molecular "clocks" in the brain create natural cycles in many body traits, such as blood pressure and temperature. Scientists have learned that these clocks, which can be reset by sunlight, are controlled by special genes. Knowledge of these clocks is leading to an improved understanding of biological cycles and new ways of treating disorders such as insomnia.

      Are you a "night owl" or an "early bird?" The answer depends on a biological "clock" in your brain. This clock controls many natural body cycles -- from the time you wake up each morning to rhythmic changes in body temperature and blood hormone levels. 
      Nearly all organisms, from bacteria to plants to humans, have biological clocks that help maintain rhythms.

By studying these clocks, scientists are beginning to understand:

  • The biological foundations of behavior.
  • Jet lag, insomnia, mental disorders, and how to treat them.
  • Rhythmic changes in heart rate and other traits that affect the diagnosis and treatment of many disorders, including fever and high blood pressure.

      During the mid-1900s, scientists began to examine biological cycles in several different organisms. By the early 1960s, they showed that daily, or circadian rhythms -- "circa" means around and "dia" means day -- are generated internally and synchronized to the 24-hour day. How are these cycles generated and altered? 
      In mammals, including humans, a biological clock resides in a region of the brain's hypothalamus, a quarter-sized structure that regulates hormone levels and plays a role in emotions. In some insects and snails the clocks are usually located in the retina of the eye. In birds the clocks can also be found in a brain region called the pineal gland or in the hypothalamus. 
      The clocks are almost always linked to some form of light-sensing cell called a photoreceptor. This type of cell responds to sunlight in ways that help synchronize the clock with the 24-hour day. 
      Scientists have learned that exposure to light at certain times in the internal cycle can reset the clock in animals. In mammals, light turns on important genes and affects sleep patterns, alertness, and body temperature. In nature, this light sensitivity helps organisms synchronize their clock within the cycle of day and night. 
      Researchers have found that exposure to strong artificial light at certain times can reset the clock in ways that relieve insomnia, jet lag, and other problems. Light at the wrong time of the internal cycle, however, might contribute to or intensify these conditions. 
      By studying mold, flies, mice, and other organisms, scientists have learned that the function of the biological clock is controlled by specific genes. Research in flies with disabled or altered clock genes shows that the proteins clock cells produce often work in a negative feedback cycle. When high levels of clock proteins are present, they block further production of these molecules until the levels fall again. 
      Some clock genes also regulate or stabilize other genes' activity. The way these clock proteins affect body functions is not yet known. However, learning how normal cycles affect the body may improve the diagnosis of many disorders, such as fever and high blood pressure, by accounting for daily rhythmic variation in hormone levels, blood pressure, temperature, and other traits. 
      Researchers believe only a few genes regulate circadian cycles in most organisms. Mutations in known clock genes usually create large changes in length of the cycle. 
      Organisms with some mutations are unable to maintain any normal rhythm at all. If mutations in human clock genes act in a similar way, they may prevent some people from synchronizing their cycles with the environment, causing sleep disturbances and other problems. 
      Scientists have now uncovered several ways to treat clock-related disorders. Some studies suggest that the hormone melatonin, given at specific times, may be useful for resetting daily rhythms to help overcome the effects of jet lag and sleep disorders. 
      Exposure to bright light at certain times in the cycle may also help people with depression and other disorders. These strategies, now being tested in humans, may brighten the lives of millions of Americans.

 
Light causes the brain's internal clock to reset its cycle. Sunlight reaching photo receptors in the retina travels to the brain by the optic nerve. It sets off reactions in a region of the hypothalamus called the suprachiasmatic nucleus (SCN), which serves as the body's clock. Circadian changes in the SCN affect the nervous system and cause daily fluctuations in many body traits. Nerve fibers also carry signals from the SCN to the pineal gland, which affects hormones and other functions.

Illustration by Lydia Kibiuk, Copyright © 1995 Lydia Kibiuk.


Kenapa aku post entry nih?? Dah 2 minggu (lebey kurang la) aku takleh tido slagi blum kul 4 pagi!! Bangun pagi mesti dah tengahari (thanx to my room yang kalau siang pun maca malam lagi). I think i need to ask for help la. HELPPPP!!!!

Later!

Hehe been very busy enjoying my last weekend (and maybe our last quality time together) before en. hubby start keje. 

So akan start my real role as a temporary housewife (or desperate housewife hehe) : siapkan baju hubby, breakfast, barang2 keje etc etc. Tak sabar rasanya (malas pun ada hehe) tapi apa saja untuk en hubby terchenta hehe.

Ok later peeps! I'll update pasal Raya Haji tanpa umi abah di sisi. Janji akan letak anyak gambar. Nak pegi Rumah nenek nih. Macam biasa malam raya mesti ada kenduri. Tak sabar nak makan rendang, satay, kari ayam, ketupat (yes my nenek still buat ketupat eventhough cuma Raya Haji!). Kami adalah keluarga yang beria sambut Raya hehe.


Selamat Hari Raya Aidul Adha To All!! :)

November 29, 2008

Pulanglah..

Berbahagialah wahai isteri...
 
Baru ku tahu..rupanya amalan membelikan 'hadiah' untuk si 'permaisuri' ketika si suami bepergian itu merupakan sunnah Rasulullah SAW...
meski pun cuma seketul batu... 

Yang pasti bukan material yang diinginkan oleh seorang isteri tapi cukuplah sekadar sebuah ingatan walaupun rindunya jauh...


Sayang, Semoga selamat pergi dan selamat pulang. Kami di sini menunggu kepulanganmu untuk keluarga kita bersama2 lagi :)




Taken from kak nida's blog..(lama tak jumpa akak :)


November 28, 2008

Hati kecilku berkata..

Korang...

Kengkawanku....

Di Malaysia maupun di Jogja....

I miss you guys..

A lot....

Thank you for the support that u all gave me

Without korang mesti aku down gile skang

You know who you are :)

Seminggu lagi

Seminggu lagi nak tunggu hubby balik.

Seminggu lagi la nak Raya Haji.

Seminggu lagi En.Hubby nak start posting kat Kajang Hospital.

Seminggu lagi la untuk pegi jumpa Dr.Ali untuk Aiman's 3rd Hepatitis Jab.

Seminggu lagi la aku kena meneruskan pelan peralihan nih.


November 25, 2008

Trauma

Well I'm back
Back at KL
Huiks

Aku tanak dah lalui pengalaman traumatik macam tu.
Aku pun tanak Aiman trauma camtu skali.

Sabtu pagi tu dah siap2 nak ke epot. Aku dah peking sume. Dah bagi my last breastfeeding to him. Memang dah mindset nak pegi abeskan my degree n get my Dr. Bila sessi berbye2 dengan Umi, dan adik2, (en.hubby takde, kursus) and last but not least with him, aku dah meleleh2. Bukan sket tau, sampai bengkak mata tersumbat hidung. Padahal dia tido je time tu. Rasa nak cancel je flight. Tanak pegi pun. Tapi aku gagahkan jua kaki tabahkan hati. Lepas kiss Aiman (tu pun kiss skali je sebab dia tido) aku terus masuk LCCT tak pandang belakang dah...

Petang tu aku dah sampai Jogja aku rasa kosong sangat. 
Sunyi. Sepi. Boring. Sucks. Loser. 
Anything negative sume aku rasa. 
Aku benci. Hate. Marah. Rindu. Sedih.
Aku call Mesia tanya Aiman camne. Dia still tido lagi. Ok. Dia tak meragam pape pun.
Aku lega la sket. Aku pegi siap2 nak beli barang n settle things down kat kost lama.

Malam tu aku call lagi Mesia. Aiman cari mak dia. Pusing kiri. Pusing kanan. Dia bising sket2 je. Tapi try bagi susu kat botol dia tanak lagi. "Takpe. Mungkin kalau dia lapar bebetul nanti dia minum la". Hatiku berkata. Mak aku pun kata takpe. Biasala tu baru sehari kena tinggal ngan mak.

Tengah malam aku call lagi. Aiman dah start meragam. Dia tanak minum pun susu. Susu EBM yang aku tinggalkan pun dia tanak. Dia minum air kosong je. Pastu menangis lama2. Time tu Allah je la tahu perasaan aku. Aku dah tak peduli apa dah. Aku nak balik tengok anak aku. Tapi mak aku kata takpe. Skang dia tengah tido. Kita tengok lagi 2-3 hari camne. Kalau takleh gak aku kena balik. Malam tu the first night ever aku tido tanpa Aiman disisi. Aku tido ngan baju busuk dia. AKu cium baju n stokin dia. Everytime aku bau baju dia, mesti aku nangis. Aku nak anak aku...

Kul 5 pagi tu aku dapat call dari Mesia. Mak aku call. Kata Aiman nangis tak henti2 dari kul 2 sampai kul 4.30 pagi. Nangis jerit. Mak aku kata macam kena rasuk. Macam orang mati mak. Aiman tetap tanak minum sket pun. Nampak botol je terus jerit nangis. Sua botol pun dia tutup mulut dia. Dia sanggup lapar je n terus tido. Dia nangis sampai badan dia lembek. Haaa time tu aku dah tak senang duduk. Aku dah nangis macam ape je. Aku takut dia dehydrated. Aku cakap ngan Umi aku nak balik. Aku terus call en.hubby bincang n terus en.hubby kata aku balik. Aku terus cek the earliest flight balik kul 8.55 pagi Ahad tu....

Aku sampai tengahari tu kat KL, Aiman still tak minum pape lagi. Air kosong je. Tu pun sket. Bila first time aku dapat dukung dia dalam keta lepas aku sampai tu, aku rasa dahi dia kering. Tak cukup air la tu. Aku terus breastfeed dia... Sian sangat aiman. Badan dia memang lembek la..

Malam tu Aiman seems okey je. Dia dah gelak2. Minum pun banyak. Kencing pun okey. Pupu dia a little bit pekat tak macam biasa tapi dahi dia still kering lagi. Tapi aku happy sangat anak aku okey je... Benda lain aku pikir nanti je. Yang penting skang ni my son.

World doesn't matter to me now. He's my world :)

November 23, 2008

Happy Anniversary

Happy 23rd Anniversary Sayang!!




Nape yang ke-23??




Sebab kitaorang sambut every month!!




Takla every month kena candlelight dinner.

Just wishing each other a lovely wishes.



Call us a loser ke hopeless romantic ke saya peduli hape.

As long as we're happy. Ever after. Hopefully :)



I love you, my other half.

November 20, 2008

Aku malas nak pegi

This Saturday night will be the longest night ever.

The night without Aiman by my side.

Yes. Aiman my little angel.

Not with me starting this Saturday.

Not being able to hold him in my arms.

Sing a lullaby to him.

Rocking him until he sleeps.

Breastfeed him.

Look into his eyes. His sweet 'sepet' eyes.

Change his diapers.

Bath him. Put his clothes on.

Talk to him. Listen to him 'talking' back at me.


And the worst part is....



Can't kiss him. Kiss his 'tembam putih' cheeks.

Arghhhhhhhh!!! I hate this feeling :(




p/s : Daddy, I need you!

Kemanakah Tujuan Selepas Ini??

Okay, officially en.hubby dapat posting kat Hospital Kajang.
Aku tak penah pegi spital ni.
Best ke?
Ada sesiapa tau?



Alhamdulillah at least suamiku takla kena campak jejauh sampai ke hulu.
At least still in KL.





p/s: Selama aku dari skolah rendah sampai la Uni (except ke Jogja), aku tak penah kuar KL lagi :p

November 19, 2008

Separation Anxiety

Separation anxiety and stranger anxiety occur when your child develops the mental ability to remember objects and people when they are no longer present, a skill called object permanence. Once your child has this skill he or she will probably search for his favorite toy when it has been put away or drops out of sight and cry whenever you are not in sight, because his memory is still incomplete and he has no sense of time, he believes that once you leave, you are gone forever. Stranger anxiety tends to develop in association with separation anxiety as the child gets better at telling the difference between familiar and unfamiliar faces and becomes more fearful of faces he doesn't know.

Most children exhibit some degree of separation anxiety around 6 to 8 months of age that lasts for 2 to 4 months; however, the age of the child and duration of the anxiety may vary greatly. Many children go through a second phase of separation anxiety around 18 months of age that eases as communication skills improve, and some children develop severe separation anxiety at night even when mom and dad are in the next room. A child's temperament plays a big role in the degree and duration of separation anxiety, so a child who adapts to new changes easily will probably have less anxiety than a child who has a difficult time with change.

-->Okay, Aiman skang dah 5 bulan nak masuk 6 bulan. maybe dia akan rasa separation anxiety nih. Tapi kalau pegi ke tempat2 dia tak biasa ke takde la pulak dia nangis. Aiman memang tak slalu nangis. Good boy anak mommy ni. Kalau malam pun mak uda dia bawak kuar dari bilik ke turun bawah ke dia takla nangis. So hopefully Aiman tak meragam sangat bila mommy nak pegi sabtu nih

Symptoms of normal separation anxiety include increasing unease and crying when separated from you or when you show signs of leaving. He or she may also exhibit whining, clinginess or insistence on physical contact with you, shyness, unusual silence, and an unwillingness to interact with others, even if they are familiar.

What to Do?

The root cause of separation anxiety is your child's inability to understand that you will return at some point after you leave, so teaching your child this concept will help him get over separation anxiety more quickly. Games such as peek-a-boo and "where's the baby?" are helpful in demonstrating this idea. To play "where's the baby," cover your baby's head with a small blanket or towel and ask "where's the baby?" and then pull the cloth off your baby's head and say "There you are!" You can also put the blanket over your head and let him pull it off you. You can also play a simplified version of hide-and-seek by partially hiding yourself behind a piece of furniture and then calling to your baby to come find you.

-->Slalu gak main nyorok2 ngan dia. Permainan yang paling Aiman suka kot. Main mommy nyorok dalam selimut la, Cover muka ngan bantal la, tutup muka ngan tangan etc. Dia akan tergelak n tersenyum je. So mommy dah well trained kan anak mommy nih :)

You can also practice trial separations with your baby. Tell him that you will be going into another room and that you'll be back soon. Repeat the assurances as you leave and talk to him from the other room to demonstrate that you still exist, even though he cannot see you. After a few moments, come back in the room. Gradually increase the length of these practice separations and he will eventually learn that it's okay if you are gone for a little while and that you'll always return.

When you do leave your baby, don't sneak away when he isn't looking; this will frighten and confuse him and will only exacerbate his feeling of abandonment. Instead, make your good-byes short and sweet when you leave. Tell your baby you love him, give him a kiss, say good-bye and tell him that you'll be back soon and then leave. Resist the temptation to return if he begins crying - this will only make it more difficult and develop bad habits. Also try to fight back any tears of your own if your baby gets upset, as hard as it may be to leave him. If she sees or senses that you are agonizing over the separation, it will only enhance his fear and insecurity. Try giving your baby favorite objects to comfort him while you're away, especially something that smells like you, such as your pajamas or a soft sweater you recently wore.

-->Ni dah slalu buat hehe. Kalau nak turun bawah nak siapkan air mandi dia (Aiman still mandi air panas hehe) when en.hubby takde, nak kena masak ke, sidai baju ke, slalu la mommy kena letak dalam cot dulu, kiss2 dulu cakap bye2, "Mommy turun bawah jap ye Aiman. Jangan nangis tau". Slalu tu okey je la. Tapi kengkadang tu meradang gak dia hehe. Kalau dia tegah baring elok je tu, dia akan main2 ngan jari2 dia. Buat2 kira jari la, macam angkat tangan baca doa pun ada hehe. Tapi kalau dia tengah meniarap tu kejap je dia tahan. Pastu mesti bising. Penat la tu :p

Separation anxiety is worse when your child is tired, hungry or sick, so try to avoid leaving if she's ill, and feed her before you go, and make sure she gets her nap that day. This is also not the time to try out a new babysitter, so if possible, choose a caregiver that your child knows well. However, if you do have to use an unfamiliar sitter, have him or her spend extra time getting to know your baby before you leave and make sure your child is comfortable with the individual before you say good-bye.

-->Aiman akan tinggal ngan nenek n atuk dia (my parents) selama 6 minggu la. So sebabkan dia dah biasa ngan nenek atuk, i made the decision to let nenek n atuk bela jap. Kejap je ye Aiman. Kalau mommy bleh balik weekend, mommy amek the first flight home :) Mommy loves you!!!

November 17, 2008

Farewell


Got this for my farewell gift. Farewell to my hubby, to me and Aiman nanti. Hmmmm.. Nak baca dalam plane to Jogja nanti. 

Can't wait for us to be reunited again nanti. Sabar ye Daddy and Aiman :)

Bye-bye


Goodbye Sayang. Drive carefully. Jaga diri bebaik kat induksi tu. Orang takde tu makesure you take care of yourself. Cepat balik tengok kiteorang ye.

Goodbye Daddy. Daddy balik cepat tau. Aiman nak main ngan daddy. Boringla daddy takde. Sape nak dukung Aiman?

Goodbye my other half.


p/s : napela doktor pun kena gi btn kat hutan??

~Our Little Family~